CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K

Sila layari alamat blog terbaru pra.

Monday, January 4, 2010

HARI PERTAMA KE SEKOLAH 2010

ALHAMDULLILLAH, pagi ni seramai 25 orang murid-murid baru saya selamat mendaftar masuk. ada juga 3 orang yang menangis dan tidak mahu ditinggalkan ibu bapa mereka. Inssallah harapan saya selepas minggu orientasi ni ,semua murid saya akan berasa selamat dan selasa berada di sekolah tanpa ibu bapa meraka lagi.

Hari pertama ni separuh murid belum dapat baju Pra lagi sebab belum siap jahit, esok adalah tu. Baju PJ kami pula baru ambil tadi di Ararat.

Saya ni, setiap tahun teruja memulakan tugas sebab dapat murid baru dan macam-macamlah rancangan yang ada dalam perancangan saya. Walaupun kelas saya dalam 2 tahun ni belum pernah menjadi juara keseluruhan kokurikulum pra tapi inssallah usaha lagi tahun ni.

P&P memang sudah terrlebih bersedia, dan setiap hujung tahun kepuasan melihat murid-murid saya hampir semua berupaya membaca dengan lancar dapat dicapai. Saya masa itu tidak makan 1 hari pun kenyang tau. Tahun ini,KSPK saya rasa lagi hebat pencapaian murid-murid kita. Harap-harap saya dapat menjalankan KSPK seperti yang digariskan kementerian.

Kepada semua ibu bapa penjaga murid pra saya tahun ini, harapan saya agar dapat memberikan kerjasama yang mungkin jauh lebih baik dari tahun lepas untuk kejayaan anak-anak dan sekolah kita. Terima kasih kepada semua ibu bapa penjaga tahun lepas yang telah memberi kometmen begitu tinggi sepanjang tahun. Kenangan bersama mereka semua memang indah-indah belaka sampai hubungan kami semua sudah macam adik-beradik. Saya memang merindui kamu semua.

Selamat Maju Jaya Dan Selamat Tahun Baru 2010.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange link

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!