CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K

Sila layari alamat blog terbaru pra.

Friday, October 29, 2010

MURID-MURID KU SAYANG

Syukur alhamdulillah dalam 3 minggu lagi persekolahan tahun ini akan berakhir dan semua murid ku sudah menguasai 4 M dengan amat cemerlang sekali.Mereka berdikari, berani tampil di khalayak ramai dengan semangat, cergas dan bagi saya cukup terharu dan berpuas hati dengan pencapaian mereka semua.

Malis graduasi mereka tahun ini diadakan di peringkat sekolah sekali dengan graduasi tahun 6 dan hari kecemerlangan SK pada 13 Nov di Dewan Saadah Wisma Muis Kota Kinabalu. Segala persiapan mereka sudah 90% siap termasuk untuk persembahan nanti.

Sebagai guru yang telah bersama mereka sepanjang tahun, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang dan kadang kala tu naik bosan, amat marah juga dengan kedegilan dan kenakalan meraka memang teramat sedih untuk melepaskan mereka pergi. Terasa amat rindu sekali sedangkan cuti belum lagi bermula.

Aku lepaskan murid-murid ku menaruskan perjuangan mereka ke tahun 1 dengan bekalan yang inssallah cukup, semoga mereka semua berjaya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange link

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!