CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K

Sila layari alamat blog terbaru pra.

Thursday, January 26, 2012

MARI MENYANYI


video


Syukur dapat pla upload kali ni. Aktiviti nyanyian tema keluarga. Murid berpeluang bermain muzik, sebagai penari dan sebagai penyanyi secara berganti-ganti.

WAYANG KULIT ( BERTEMA SOSIO EMOSI) BM



Tu dia Tok Dalang nya....." bapa, bapa minta duit". " mau beli apa?". " beli aiskrim". " na ambil". "terima kasih bapa". itu ja antara idea mereka. yang lain tu best juga la.



Panggung Wayang Kulit yang sedia bersiaran.





Mungkin ini bapa dan emak atau kakak dan abang atau saya dan adik. Terserah kreativiti murid semasa melakonkan watak wayang kulit.







TEMA: Keluarga saya

Tunjang Utama : Sosio Emosi

Tunjang sepaduan : BM & KM


Cubalah aktiviti ni, mudah dan murid memang sangat teruja menyaksikan dan menyertai. Tapi malangnya saya tak terambil pla pic penontonnya ni.











Wednesday, January 18, 2012

AGAMA ISLAM

JIM, HA, KHO.

Ustaz belum masuk kelas, so saya ambil alih p&p...belajar jawi, hafaz al-Fatihah dan Al-Ikhlas. selain di lembaran kerja, murid di beri peluang membuat huruf dengan doh.

AKTIVITI LUAR ( Keluarga Monyet dengan Buaya)




Sang Buaya hendak memakan anak-anak monyet dan si monyet akan berusaha melindungi anak-anaknya.

KEMANUSIAAN ( KELUARGA SAYA)

hebat ni lukisan Danial Harith.







Afzan dengan pembentangannya. Saja-saja minta murid berkongsi apa yg telah mereka lukis mengenai ahli keluarga yang mereka ada di rumah.







Minggu kedua, persembahan yang hebat untuk buat pembentangan hasil kerja sendiri.







Sunday, January 15, 2012

Psikomotor halus

Doh tiga warna.


Seronoknya mereka bermain tepung.




Semua tekun menguli tepung atas tikar. aktiviti ni menyebabkan kawalan kelas memang tip top ditambah lagi dengan sejuk macam di Kundasang.






Tu dia...siap seekor siput babi.








Jum makan donat hijau. Aktiviti ini untuk kemahiran menguli dan untuk psikomotor halus jari dengan mata. Pratulis.
Doh adalah air tangan cikgu ni.









Awal Matematik













Murid sendiri yang menyatakan kumpulan mana yang lebih banyak dan mana sedikit dengan bentuk yang sama.







Mengecam bentuk yang sama, menyatakan yang banyak dan sedikit Aktiviti seperti ini perlu untuk pengukuhan.









Estetika Kreativiti







Bahan: kertas bunga yang telah mereka bentuk sendiri semasa psikomotor halus. gam dan kertas lukisan. Murid cuma perlu melakar bentuk yang mereka suka diatas kertas dengan gam dan taburkan kertas bunga berwarna warni di atas.





Aktiviti Luar( Fizikal)- laluan berhalangan



Jalan undur dengan postur yang betul.









Meniti di atas bangku.







Berjalan dengan postur yang betul dengan pundi kacang di atas kepala.


sediakan 3 laluan dengan halangan mudah. Halangan pertama kena berjalan dengan pundi kacang di atas kepala. kedua,murid naik ke kerusi panjang dan berjalan dengan berhati-hati. Ketiga kena berjalan undur sampai tanda terakhir dangan berhati-hati.


Refleksi, adakan perbualan mengenai perasaan mereka semasa bermain dan bila perkara-perkara tadi berlaku dalam hidup seharian mereka. Contoh, berjalan dengan berhati-hati perlu semasa melintas jalan raya.Jalan di atas jambatan dan jalan membelakang ibaratkan kita berjalan semasa dalam keadaan gelap dan sebagainya.









Psikomotor halus

kemahiran mengoyak dan mengentel kertas. Murid koyakkan kertas bunga dan bentuk bulat kecil-kecil,masukkan dalam gelas masing-masing untuk digunakan pula pada hari lain untuk aktiviti kreativiti. Gelas ni bukan gelas minuman murid tetapi gelas untuk aktiviti memberus gigi.





Ardini menunjukan hasilan yang pertama minggu kedua persekolahan ni.













Awal Matematik

Bahagikan kepada dua kumpulan. Permainan ini dijalankan dengan hanya berjalan untuk mengelakkan murid tercedera kerana terjatuh. Kumpulan murid lelaki memilih warna biru dan perempuan warna merah. Setiap ahli kumpulan akan berusaha mengambil warna masing-masing untuk diasingkan kebakul yang ada di depan. Murid seronok dan menguasai kemahiran mengenal warna dan membuat operasi mengasingkan benda ikut warna yang sama.

Minggu kedua persekolahan, kami da mulakan pembelajaran sebab yang menangis tu dah hampir tiada. sikit-sikit tu adalah tapi bila aktiviti berjalan yang menangis tu lah yang paling aktif.









Matematik, kemahiran mengasingkan benda ikut warna. Selepas guru memberikan penerangan mengenai jenis-jenis warna, bawa murid keluar untuk jalankan permainan. Untuk refleksi, semasa dalam kelas, minta murid dalam kumpulan mengasingkan lego pelbagai warna kepada warna yang sama.






Thursday, January 12, 2012

ORIENTASI JUMAAT

Hai, lihatlah kami....bestnya dapat sekolah sini, sejuk, kelas cantik dan ada makanan sedap-sedap" komen ikhlas murid ku la tu.....

Menjamu selera makan nasi berlaukan ayam masak kicap.



Tiada yang cerewet pasal makanan ni. on ja....





''Rebut kerusi". orang yang ketiadaan kerusi setiap kali muzik berhenti akan memperkenalkan diri dengan menyebut nama sendiri dan apa sahaja yang dia mahu cakap mengenai dirinya. selepas memperkenalkan diri dengan menggunakan pembesar suara murid berkenaan akan diberikan hadiah sekotak susu sekolah. Apa lagi semua bercakap dengan berani tanpa segan-segan sebab hendakkan susu.







Acara membuat mereka diam dan lebih dekat dengan kawan-kawan yang baru ni.










Rebut kerusi untuk murid leleki.










Rebut kerusi














Jum tidur tengok kartun...selepas makan murid dibenarkan berehat depan tv menonton kartun.





























LAWATAN PPD K.K (TUAN BAD HAMID)

Tudung coklat bendahari PIBG, saya, GB, PPD dan PK HEM. Bertuah rasanya dikunjungi PPD. Terima kasih Tuan. Datin tersenyum lebar tengok telatah anak murid ku ni. baik-baik belaka.




Suasana minggu orientasi yang cukup teratur.





Que, sempat melarikan diri dari kelas...malangnya kena cekup balik...hahahaha...siap garu kepala lagi dia, bingung fikirkan cara lain untuk larikan diri la tu. tapi hari ini dia dah ok.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange link

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!