CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K

Sila layari alamat blog terbaru pra.

Sunday, May 27, 2012

SUKANEKA HARI KELUARGA KOMUNITI PRA SKTA2

layan gambar-gambar semasa sukaneka hari keluarga tu, apapun banyak lagi acara termasuk tarik tali dan pementasan, tetapi saya tiada gambar tu setakat ni. akan diusahakan ambil dari juru gambar dan akan di upload. suasana sungguh meriah, gembira dan berjalan lancar.














div>

pesiapan & sukaneka hari keluarga pra















Saturday, May 26, 2012

HARI KELUARGA & PELANCARAN LAGU KELAS

Setinggi-tinggi tahniah kepada Berisan Pentadbir Sekolah, AJK Komuniti dan semua ibu bapa penjaga dan ahli keluarga juga Polis Unit Udara Syarikat2 dan perseorangan yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan malis sepanjang hari tadi.
Saya sebagai guru kelas ini merasa amat terharu dengan kerjasama luar biasa semua. Dari mula peringkat persediaan sehingga selesainya majlis terus mendapat sokongan dan kerjasama tanpa ada sedikit pun kesukaran buat PPM Pra dan saya sebagai guru kelas. Kerja amat mudah, berjalan lancar, semua sporting.
Sila dapatkan VIDEO ( DVD ) dari kelas prasekolah dengan harga RM15 sahaja. semua murid prasekolah diwajibkan membeli dan dibuka kepada sesiapa yang berminat.
( PEMBETULAN )
ikuti siaaran ASTRO TVi 180 PUKUL 7.46 pagi esok ISNIN 28.05.2012 pagi Terima kasih RTM.gambar-gambar akan di upload esok.

Thursday, May 24, 2012

HARI KELUARGA 2012

Sukacita semua ibu bapa penjaga murid Prasekolah SK Tanjung Aru 2 Kota Kinabalu
dijemput hadir ke perkara dan pada ketetapan berikut :

Perkara : Gotong Royong Persiapan Tempat
Tarikh : 25.Mei.2012 ( Jumaat )
Masa : 3;00 petang
Tempat : Pantai Tanjung Aru 1

Kehadiran dan kerjasama semua amat diperlukan, saya bagi pihak Komuniti dan Sekolah mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih.

sudi-sudikanlah membawa minuman & pisang panas2 ya...

Jumpa di sana.

Tuesday, May 22, 2012

HARI KELUARGA DAN PERASMIAN LAGU KELAS


SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K











Senarai nama atlit sukaneka

Perempuan

Dhia Ardini Hamdan ( 4 x 50m dan jaring bola )
Nurul Faten Farhana Edimisa ( 4 x 50m )
Chrysa Joanne Jinun ( Pundi kacang )
Nadia Farhana Rizwana Simon ( 4 x 50m )
Nur Najia Imtiaz Mazli ( Jaring bola )
Khairunnisa ( Jaring Bola )
Erna Qaisara ( Pundi kacang )
Najihah Osman ( Bola warna berhalangan )
Nur Najihah Hidayah Subry ( 4 x 50m dan bola warna berhalangan )
Alya Afiqah ( tutup botol )
2 orang tidak dapat hadir.
Lelaki

Mohd.Afzan ( 4 x 50m dan finalti)
Mohd Ezzaren ( 4 x 50m dan finalti)
Mohd Farish Ikmal ( 4 x 50m dan finalti )
Mohd Irfan Qusayri ( 4 x 50m )
Huzaique ( menutup botol 0
Mohd Herith ( menutup botol dan bola warna berhalangan )
Mohd Syabil Aiman ( Bola warna berhalangan dan pundi kacang )
Ahmad Khairuddin (Pundi kacang)
5 orang tidak dapat hadir.

Tahniah kepada semua murid dan ibu bapa yang telah mengambil bahagian. Pemilihan pemain berpandukan pencapaian mereka dalam aktiviti semasa di sekolah. keseluruhan perkembangan murid-murid ini amat baik dan menguasai walaupun kita tewas dalam 6 permainan tanpa sebarang pingat kecuali 4 x 50 m lelaki naib johan dari 46 buah pasukan bertanding.Harapan saya sekolah kita mendapat penambahan 1 lagi kelas prasekolah untuk mendapatkan jumlah murid yang lebih ramai bagi peluang memilih atlit yang lebih menyerlah bagi memberi tentangan sihat kepada sekolah-sekolah besar.
Apapun guru besar melahirkan ucapan tahniah juga atas kejayaan membawa pulang 1 pingat perak memandangkan sekolah cuma ada 20 orang murid 6 tahun.Apa-apa pun ini hanyalah salah satu punca-punca kekalahan. Yang lain adalah keadaan fizikal murid yang agak lemah lembut dan tidak tahan panas.semangat juang murid-murid saya ini juga amat mengharukan. Mereka cekal walau kepanasan dan mengeluh, tetapi tetap teruskan peruangan. Jumpa lagi tahun hadapan.

Monday, May 21, 2012

TAKLIMAT HARI KELUARGA PRA SKTA 2

Dijemput hadir ke perkara seperti di pada ketetapan berikut;

Tarikh : 23 Mei 2012
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan Sk Tanjung Aru 2

Agenda :
01 Ucapan Pengerusi
02 Ucapan Guru Besar
03 Taklimat Jawatankuasa Pengelola oleh Setiausaha.
03 Hal-hal lain.

Kehadiran semua ibu bapa amat-amat diharapkan untuk menjamin kelancaran majlis ini
nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange link

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!