CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K

Sila layari alamat blog terbaru pra.

Friday, May 14, 2010

3M

Alhamdulillah setakat tadi, 19 orang murid saya yang berumur 6 tahun telah menguasai 3 M dengan tahap CEMERLANG 16 orang dan BAIK 3 orang. Murid umur 5 tahun seramai 6 orang pula tidak ketinggalan dengan 3 orang BAIK dan 3 orang lagi PERLU BIMBINGAN.

Untuk langkah seterusnya, penekanan kepada latih tubi membaca dengan betul dan menguasai kemahiran mengeja perkataan.

Tahap penulisan murid juga masih perlu perhatian lebih. Esok sambutan hari guru peringkat sekolah kami. Walau murid saya tidak tahu apa itu Hari Guru, tetapi secara pribadi saya amat gembira dan bangga dengan kejayaan sendiri tau! tidak lupa juga pengorbanan dan kerjasama ustaza Rahayu dan PPM saya Siti Julinah.

Murid- murid juga sudah dapat menghafal surah, dua kalimah syahadah, beberapa doa-doa harian, pandai ambil uduk, tertib solat dengan bimbingan, ingat rukun iman, rukun islam, kenal huruf jawi dan hijaiyah belum lagi lah. Pendek kata memang aku amat gembira pada perkembangan mereka setakat ini dalam bidang akademik.

Inssallah sempena Hari Guru tahun ini saya berazam akan terus mencari kaedah terbaik untuk mengajar murid dengan lebih berkesan dan dapat melahirkan murid-murid Pra yang Cemerlang Gemilang dan Terbilang di dunia dan akhirat........Ameen.

Yang baik itu datangnya dari Allah dan semua yang buruk itu dari diri saya sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange link

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!