CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K

Sila layari alamat blog terbaru pra.

Friday, January 29, 2010

SARINGAN PERTAMA PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS

Setakat 29 Jan 2010. 18 orang murid sudah menguasai kemahiran membaca dan menulis sekurang-kurangnya KV contoh (ka, cu, la, gi,). Bagaimanapun tujuh orang murid lagi sudah kenal nama dan bunyi abjad dengan bimbingan guru.

Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut pencapaian menaakul. Kump. BIRU (A),
kump.MERAH(B) dan KUNING(C)

Bulan ini. Kump.BIRU penekanan kepada menulis dengan kemas dan latih tubi membaca kvkv, kvk dan kvkvk.
Kump.MERAH penekanan kepada menulis dengan kemas dan latih tubi membaca suku kata kv, vk dan kvkv.
Kump.KUNING penekanan kepada menulis, ulangkaji mengenal dan membunyikan abjad.membaca sukukata kv, vk.

Untuk tahun ini juga saya akan menekankan kemahiran menulis dengan kemas memandangkan timbul sedikit masalah dari murid saya tahun lepas yang menghadapi masalah penulisan semasa ujian KIA2M.

Minggu depan TEMA: SEKOLAH SAYA
Tugasan murid bersama ibu bapa ialah: Murid dan ibu bapa akan berkenalan dengan seorang guru pilihan masing-masing di SK Tanjung Aru 11kecuali guru pra dan ibu bapa murid jika guru.. Ambil gambar bersama @ anak bersama guru pilihan dan lengkapkan biodata guru berkenaan. Latih tubi anak di rumah mengenai hasil tugasan untuk pembentangan pada hari Jumaat.

Ok lah setakat ini dulu, apa yang kurang saya akan berusaha untuk memperbaikinya. Kalau ada cadangan atau idea untuk meningkatkan kecemerlangan murid dan guru amatlah dialu-alukan.
selamat malam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange link

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!