CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K

Sila layari alamat blog terbaru pra.

Friday, January 22, 2010

KSPK (Asas dan bertema)

Minggu kedua P&P berjalan, murid sudah boleh mengeja dan membaca perkataan menggunakan konsonan B hingga K dan vokal dalam susunan KVKV. Saya seperti biasa menggunakan sistem ponik sebab memang cepat dan seronok. Guru pun tidak akan kering idea dalam memperkenalkan abjad, membaca dan menulis.

Pagi tadi kami adakan aktiviti mengenal bayang-bayang. Murid cuba memijak bayang-bayang sendiri dan bayang-bayang kawan. Berbual tentang bayang-bayang mengikut pengetahuan sedia ada murid dan selepas itu melukis bayang-bayang. Yang lucu tu ada murid mewarna bayang-bayang dengan berwarna-warni sebab dia perasan cantik dan tidak mahu ada bayang-bayang hitam.

Untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid, setiap pagi dalam slot RUTIN saya selitkan bersalaman dengan semua rakan selepas Membaca Al-Fatiha, Doa , Dua Kalimah Syahadah, Lagu Selamat Pagi dan Kemaskan diri.

Ok, lah. Jumpa lagi di catatan akan datang. Selamat melayari blog kami.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange link

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!