Setakat 29 Jan 2010. 18 orang murid sudah menguasai kemahiran membaca dan menulis sekurang-kurangnya KV contoh (ka, cu, la, gi,). Bagaimanapun tujuh orang murid lagi sudah kenal nama dan bunyi abjad dengan bimbingan guru.
Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut pencapaian menaakul. Kump. BIRU (A),
kump.MERAH(B) dan KUNING(C)
Bulan ini. Kump.BIRU penekanan kepada menulis dengan kemas dan latih tubi membaca kvkv, kvk dan kvkvk.
Kump.MERAH penekanan kepada menulis dengan kemas dan latih tubi membaca suku kata kv, vk dan kvkv.
Kump.KUNING penekanan kepada menulis, ulangkaji mengenal dan membunyikan abjad.membaca sukukata kv, vk.
Untuk tahun ini juga saya akan menekankan kemahiran menulis dengan kemas memandangkan timbul sedikit masalah dari murid saya tahun lepas yang menghadapi masalah penulisan semasa ujian KIA2M.
Minggu depan TEMA: SEKOLAH SAYA
Tugasan murid bersama ibu bapa ialah: Murid dan ibu bapa akan berkenalan dengan seorang guru pilihan masing-masing di SK Tanjung Aru 11kecuali guru pra dan ibu bapa murid jika guru.. Ambil gambar bersama @ anak bersama guru pilihan dan lengkapkan biodata guru berkenaan. Latih tubi anak di rumah mengenai hasil tugasan untuk pembentangan pada hari Jumaat.
Ok lah setakat ini dulu, apa yang kurang saya akan berusaha untuk memperbaikinya. Kalau ada cadangan atau idea untuk meningkatkan kecemerlangan murid dan guru amatlah dialu-alukan.
selamat malam.
SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K
Friday, January 29, 2010
PEMBENTANGAN TUGASAN "KELUARGA SAYA"
Ini Nurhasanah Ainina Sofia Bte. Nurhassan dengan hasil tugasan bersama ibu dan bapanya dalam minggu ini.
Murid ini agak pemalu tetapi dengan mudah dia bercerita mengenai SALASILA KELUARGAnya kepada kawan-kawan.
Labels:
KELAS PRASEKOLAH
PEMBENTANGAN TUGASAN "KELUARGA SAYA"
Minggu ini tugasan murid bersama ibu bapa ialah melengkapkan SALASILA KELUARGA.
Tadi hari Jumaat ialah hari pembentangan oleh semua murid pra. Aktiviti ini memang amat berkesan untuk murid-murid pra mengenali keluarga masing-masing. Sessi pembentangan amat menyeronokkan dan semua murid tidak sabar menunggu giliran masing-masing. Di atas ialah MOHAMMAD SYAKIR BIN ABDUL HAMID

Wednesday, January 27, 2010
MAIN PONDOK-PONDOK
Keluarga sedang menjamu selera sambil berbual-bual bersama tetamu gitu!
Aktiviti ini memang seronok terutama kalau di sediakan honey star untuk jadi makanan mainan mereka.
Aktiviti ini memang seronok terutama kalau di sediakan honey star untuk jadi makanan mainan mereka.
MAIN PONDOK-PONDOK
BM BERTEMA: KELUARGA SAYA
kelihatan tiga orang lelaki iaitu bapa dan anak-anak sedang menyambut tetamu di pintu rumah.
Labels:
dalam kelas
Tuesday, January 26, 2010
HAPPY BIRTHDAY ON JANUARY
SELAMAT HARI JADI KEPADA
.NURNATASYAH KASSIM
.SITI ZULAIKHA AZMAN
.ALEYA WAHEEDAH ALBAKRI
.NOR ATIQAH HIDAYAH SUBRY
Monday, January 25, 2010
TEMA : KELUARGA SAYA
Untuk minggu ini, satu tugasan perlu disiapkan oleh murid pra bersama ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing. Tarikh penghantaran tugasan ialah pada khamis 28.01.10.
SALASILA KELUARGA SAYA
Salasila keluarga cuma bermula dari datuk dan nenek dari kedua ibu bapa, ibu bapa murid dan adik beradik berserta gambar dan nama.
Salasila/organisasi keluarga pra ini akan dijadikan album dan disimpan di kelas sebagai hasil kerja murid dan kenang-kenangan murid yang pernah belajar di prasekolah ini.
Jumpa lagi esok. Yang sudi berkongsi idea dengan saya tu teruslah jadi follower ya. Selamat melayari blog kami.

Friday, January 22, 2010
KSPK (Asas dan bertema)
Minggu kedua P&P berjalan, murid sudah boleh mengeja dan membaca perkataan menggunakan konsonan B hingga K dan vokal dalam susunan KVKV. Saya seperti biasa menggunakan sistem ponik sebab memang cepat dan seronok. Guru pun tidak akan kering idea dalam memperkenalkan abjad, membaca dan menulis.
Pagi tadi kami adakan aktiviti mengenal bayang-bayang. Murid cuba memijak bayang-bayang sendiri dan bayang-bayang kawan. Berbual tentang bayang-bayang mengikut pengetahuan sedia ada murid dan selepas itu melukis bayang-bayang. Yang lucu tu ada murid mewarna bayang-bayang dengan berwarna-warni sebab dia perasan cantik dan tidak mahu ada bayang-bayang hitam.
Untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid, setiap pagi dalam slot RUTIN saya selitkan bersalaman dengan semua rakan selepas Membaca Al-Fatiha, Doa , Dua Kalimah Syahadah, Lagu Selamat Pagi dan Kemaskan diri.
Ok, lah. Jumpa lagi di catatan akan datang. Selamat melayari blog kami.

SUDUT BACAAN
Putri Siti Zulaikha dan Nurnatasyah ni membaca ke termenung? Bolahlah kan janji tengok buku.
Berehat di sudut bacaan lepas makan.
Labels:
KELAS PRASEKOLAH
HI SIAPA NAK KENALAN DENGAN KAMI?
Amboi, gembira sangat gadis-gadis comel ni.
Minggu ni berakhir dengan mereka semua amat seronok belajar dan berada si sekolah.
Labels:
KELAS PRASEKOLAH
NAK KENALAN?
Minggu ketiga semua murid lelaki saya yang comel-comel belaka ni sudah seronok dan kenal semua kawan yang mereka ada.
Labels:
KELAS PRASEKOLAH
Thursday, January 21, 2010
SUASANA KELAS WAKTU REHAT
Selesai makan murid-murid boleh memilih sudut yang mereka suka untuk buat aktiviti dengan syarat kena kemas semula selepas menggunakan.
Ruang kelas ni terhad jadi makan minum pun dalam kelas juga. Murid kena bersihkan meja dan angkat bekas makanan ke dapur sendiri.
Labels:
KELAS PRASEKOLAH
SUASANA KELAS WAKTU REHAT
Taufiq ambil kesempatan masa rehat dengan tidur. Penat sungguh dia pagi ni.
Sudut sebelah tu Clifford dan Syafiq
sedang sibuk mengubah suai sudut bacaan. Habis buku-buku dipunggah lepas tu susun semula.
Sudut sebelah tu Clifford dan Syafiq
sedang sibuk mengubah suai sudut bacaan. Habis buku-buku dipunggah lepas tu susun semula.
Labels:
KELAS PRASEKOLAH
Wednesday, January 20, 2010
KSPK
Sibuk sangat rasanya setakat hari ini. P&P kelas berjalan dengan jayanya walaupun masih ada lagi murid menangis di awal pagi.
Untuk minggu ini murid saya akan belajar mengenal dan membunyikan abjad sehingga huruf L.
Pada Jumaat murid telah dapat membaca perkataan bermakna menggunakan huruf A hingga L dalam KVKV.
Contoh: baba, ada, laku, kuku, jaga, dada, dsbnya
Nombor sehingga 5 sahaja. Pembelajaran lain berjalan seiring.
Agama Islam, setiap pagi akan dimulakan dengan Alfatiha, doa penerang hati dan Dua Kalimah Syahadah. Setakat minggu ini pembelajaran masih berkisar tentang RUKUN IMAN.
Target ialah melahirkan 50% murid yang menguasai 4M dalam 3 bulan pertama.
Inssallah diusahakan sedaya upaya.

Thursday, January 14, 2010
MASA TIBA DAN PULANG
kepada semua ibu bapa penjaga,
Kelas mula pada jam 7.30pagi. Murid tiba sekurang-kurangnya 5 minit sebelum.
Kelas berakhir pada jam 11.30 t/hari. Jemput anak tepat pada masanya paling lewat jam 12.00 t/hari. lebih masa, murid pra akan menunggu di pondok dalam pagar SK.
Diharap ibu bapa dapat memberikan kerjasama dalam perkara di atas untuk tidak membebankan pihak pra dan demi keselamatan anak.
Bagi murid yang menaiki bas sekolah, pastikan ibu bapa memberikan maklumat driver kepada kelas Pra. Hubungi guru @ ppm jika meminta orang lain menjemput anak anda.
Semoga dijauhi sebarang malapetaka oleh Allah.

PRASEKOLAH SK TANJUNG ARU 11
BM ASAS
Setakat hari ini murid saya sedang mengenal nama abjad, bunyi abjad dan belajar menyambung bunyi abjad kv, kvkv.Untuk minggu ini cuma A, B, C, D E. a, b, c, d,e sahaja. Contoh:
'a' dan 'b' ='ab' 'ba' 'baba'
'a' 'b' dan 'c' = 'ba' 'ca' dan 'baca'
murid akan mengingati bunyi abjad dengan sesuatu kejadian seperti " bunyi dan gaya mengejutkan kawan dari belakang, huruf B.
'a' dan 'b' ='ab' 'ba' 'baba'
'a' 'b' dan 'c' = 'ba' 'ca' dan 'baca'
murid akan mengingati bunyi abjad dengan sesuatu kejadian seperti " bunyi dan gaya mengejutkan kawan dari belakang, huruf B.
Labels:
KELAS PRASEKOLAH
Wednesday, January 13, 2010
KEADAAN KAWASAN KELAS PRA
Inssallah tahun ni AJK Komuniti Kelas Pra akan berusaha mengatasi masalah kawasan pra yang tidak selesa ini.
Labels:
KELAS PRASEKOLAH
MEMBERUS GIGI
cikgu dan PPM macam mau pengsan juga kawal murid tahun ni. Baik-baik dan comel-comel belaka cumanya agak agrasif sikit, sikit ja lah.
Sedang belajar cara memegang berus gigi dengan betul ni.
Labels:
KELAS PRASEKOLAH
ORGANISASI PRASEKOLAH
GURU BESAR
DATIN HJH.OMAI SALAMAH HJ.KAMAH
PENOLONG KANAN I
PN. MARINA AHMAD
PENOLONG KANAN HEM
EN. ISMAIL PANI
PENOLONG KANAN KO-KUM
USTAZ ABD HAMID ABU HASSAN
GURU KELAS
PN. ROHANI OTHMAN
PPM
PN. SITI JULINAH PAWANG
KETUA KELAS
PENOLONG KETUA KELAS
AJK KOMUNITI KELAS PRASEKOLAH 2010
PENGERUSI
EN. ABD RIDZAL RASHID
TIM. PENGERUSI
EN. AL BAKRI DUALIS
SETIAUSAHA
GURU KELAS PRASEKOLAH
TIM. SETIAUSAHA
PN. CAROLINE LAJAWAI
BENDAHARI
PN. NORAINI MOHD.YUSOF
AJK
1. EN.MOHD.YASSIN SALIAMOR
2. PN.HOLEN GINSOS
3. PN.NORIDAH AMIRUL
4. PN.ONDORIAS @ HAMILAH LAHABO
5. PN. ANNAH PAHALUDDIN
6. EN.AZMAN OTHMAN
7. EN.SABDIN DAMSIK
Labels:
SK TANJUNG ARU 11
Saturday, January 9, 2010
MINGGU 2: Bertema: Prihal diri saya
Assallamualaikum, esok masuk minggu kedua persekolahan. Minggu Oriantasi berlalu dengan begitu baik sekali. Lima orang menangis pada hari isnin hingga jumaat tinggal seorang, yang hebat tu dia menangis dari pagi sampai pulang. berhenti sekejap menangis masa makan ja. Rasa mau temuntah juga saya dengar suara dia sepanjang hari.
Apa pun saya ajar semua murid saya cara kawal perasaan dengan cucu muka dan tarik nafas panjang-panjang sebanyak tiga kali. Yang seorang ni memang lucu jugalah, dia siap minta izin lagi untuk cuci muka lepas tu minta tolong dia sama-sama tarik nafas. Tapi redahnya tu kejap ja, nangis lagi. Begitulah dia sampai pulang.
Esok adalah hari pertama percubaan saya mengajar guna KSPK. Harap-harap bolehlah tidak menyimpang jauh. Inssallah akan diperbaiki dari masa ke semasa. Perancangan dan strategi rapi tu sudah siap tinggal pelaksanaan saja lagi.
Target saya setiap tahun, dalam masa tiga bulan 50% murid saya sudah menguasai 4M dengan baik, 50% pada tahap sederhana inssallah.
Kepada semua penjaga ibu bapa pula diharapkan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kami pihak sekolah dalam memastikan semua program kelas dapat berjalan dengan lancar.

Wednesday, January 6, 2010
AMBILAN MURID 2011
Pendaftaran untuk ambilan murid 2011 telah dibuka sejak isnin 4/Jan/2010 memandangkan terdapat ramai permintaan.
Ibu bapa penjaga boleh mendapatkan borang permohonan dari kelas Prasekolah pada hari persekolahan.
Ambilan 2011 hendaklah lahir pada tahun 2005
Hanya 25 orang murid sahaja yang dipilih untuk mengikuti satu kelas pada setiap tahun.
Permohonan akan dibuka sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

KOTA KINABALU SABAH,
SK TANJUNG ARU 11
MESYUARAT KOMUNITI KELAS PRASEKOLAH 1/10
kepada
Ibu bapa penjaga
Murid kelas Prasekolah
Sk Tanjung Aru 11
KotaKinabalu
Mesyuarat Komuniti Kelas Prasekolah 1/10
Tarikh : 13.Jan.2010 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan Sk Tanjung Aru 11
Agenda
01. Ucapan pengerusi mesyuarat
02. Ucapan Guru Besar
03. Perlantikan AJK Komuniti Kelas Prasekolah 2010
04. Sumber Kewangan kelas
05. Taklimat Khas oleh Guru Hal Ehwal Murid
06. Hal-hal lain
Surat jemputan akan diedarkan pada Isnin 11/01/10

Monday, January 4, 2010
HARI PERTAMA KE SEKOLAH 2010
ALHAMDULLILLAH, pagi ni seramai 25 orang murid-murid baru saya selamat mendaftar masuk. ada juga 3 orang yang menangis dan tidak mahu ditinggalkan ibu bapa mereka. Inssallah harapan saya selepas minggu orientasi ni ,semua murid saya akan berasa selamat dan selasa berada di sekolah tanpa ibu bapa meraka lagi.
Hari pertama ni separuh murid belum dapat baju Pra lagi sebab belum siap jahit, esok adalah tu. Baju PJ kami pula baru ambil tadi di Ararat.
Saya ni, setiap tahun teruja memulakan tugas sebab dapat murid baru dan macam-macamlah rancangan yang ada dalam perancangan saya. Walaupun kelas saya dalam 2 tahun ni belum pernah menjadi juara keseluruhan kokurikulum pra tapi inssallah usaha lagi tahun ni.
P&P memang sudah terrlebih bersedia, dan setiap hujung tahun kepuasan melihat murid-murid saya hampir semua berupaya membaca dengan lancar dapat dicapai. Saya masa itu tidak makan 1 hari pun kenyang tau. Tahun ini,KSPK saya rasa lagi hebat pencapaian murid-murid kita. Harap-harap saya dapat menjalankan KSPK seperti yang digariskan kementerian.
Kepada semua ibu bapa penjaga murid pra saya tahun ini, harapan saya agar dapat memberikan kerjasama yang mungkin jauh lebih baik dari tahun lepas untuk kejayaan anak-anak dan sekolah kita. Terima kasih kepada semua ibu bapa penjaga tahun lepas yang telah memberi kometmen begitu tinggi sepanjang tahun. Kenangan bersama mereka semua memang indah-indah belaka sampai hubungan kami semua sudah macam adik-beradik. Saya memang merindui kamu semua.
Selamat Maju Jaya Dan Selamat Tahun Baru 2010.

Inilah wajah manis PPM saya. Sibuk juga dia pagi ni menyambut kedatangan murid-murid baru bersama ibu bapa yang tidak mahu tinggalkan anak masing-masing pagi ni.
Labels:
PRASEKOLAH SK TANJUNG ARU 11
HARI PERTAMA KE SEKOLAH 2010
seramai 25 orang murid kelas Prasekolah telah hadir ke kelas pada pagi ini dengan ditemani ibu bapa masing-masing. Yang sempat ambil gambar ni adalah murid-murid yang tak menangis.
Selamat datang kepada semua murid-murid cikgu.
Selamat datang kepada semua murid-murid cikgu.
Labels:
PRASEKOLAH SK TANJUNG ARU 11
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- AIR TERJUN MOYOG PENAMPANG SABAH (1)
- BERINGIS RESORT (1)
- BILIK GERAKAN SK TANJUNG ARU 2 (1)
- dalam kelas (2)
- dewan maksak likas (2)
- dewan saadah muis kota kinabal (1)
- dewan saadah muis kota kinabalu (1)
- DI KELAS (1)
- halaman kelas pra (1)
- KARAMUNSING (1)
- KELAS (1)
- KELAS PRASEKOLAH (100)
- KG LANDUNG AYANG LAUT KUDAT (1)
- KG.LANDUNG AYANG LAUT KUDAT (1)
- komplex sukan likas (6)
- KOTA KINABALU (2)
- KOTA KINABALU SABAH (1)
- KUIH (1)
- Lawatan pergigian (1)
- Luar kelas (1)
- MUZIUM NEGERI SABAH (4)
- my picture (1)
- pantai tanjung aru 1 k.k (2)
- PAPAR SABAH (3)
- PEKAN LAMA DAERAH KUDAT (1)
- PERKARANGAN PRASEKOLAH (2)
- perkarangan sk tanjung aru 11 (3)
- perkarangan sk tanjung aru II (5)
- POLITEKNIK KOTA KINABALU (4)
- PRASEKOLAH SK TANJUNG ARU 11 (15)
- rumah (1)
- Setiausaha Komuniti Prasekolah 2012 (1)
- SK TANJUNG ARU 11 (6)
- SK TANJUNG ARU II KOTA KINABALU (2)
- STADIUM LIKAS 21.MEI.2012 (1)
- tanjung aru kota kinabalu (1)
- TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH (1)
- wisma wanita (2)
- Wisma Wanita Kota Kinabalu (1)
Blog Archive
-
▼
2010
(92)
-
▼
January
(35)
- SARINGAN PERTAMA PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS
- PEMBENTANGAN TUGASAN "KELUARGA SAYA"
- PEMBENTANGAN TUGASAN "KELUARGA SAYA"
- MAKAN-MAKAN
- MARI MAKAN.
- MAIN PONDOK-PONDOK
- MAIN PONDOK-PONDOK
- HAPPY BIRTHDAY ON JANUARY
- TEMA : KELUARGA SAYA
- KSPK (Asas dan bertema)
- HI, SIAPA NAK KENALAN?
- SUDUT BACAAN
- HI SIAPA NAK KENALAN DENGAN KAMI?
- NAK KENALAN?
- SUASANA KELAS WAKTU REHAT
- SUASANA KELAS WAKTU REHAT
- KSPK
- MASA TIBA DAN PULANG
- BM ASAS
- KEADAAN KAWASAN KELAS PRA
- MEMBERUS GIGI
- MEMBERUS GIGI
- MEMBERUS GIGI
- MARI MEMBERUS GIGI
- ORGANISASI PRASEKOLAH
- MINGGU 2: Bertema: Prihal diri saya
- AMBILAN MURID 2011
- MESYUARAT KOMUNITI KELAS PRASEKOLAH 1/10
- HARI PERTAMA KE SEKOLAH 2010
- HARI PERTAMA KE SEKOLAH 2010
- HARI PERTAMA KE SEKOLAH 2010
- HARI PERTAMA KE SEKOLAH 2010
- HARI PERTAMA KE SEKOLAH 2010
- HARI PERTAMA KE SEKOLAH 2010
- HARI PERTAMA KE SEKOLAH 2010
-
▼
January
(35)
Popular Posts
-
Murid dibekalkan gunting, gam dan kertas lukisan, manakalah surat khabar lama @ majalah murid bawa sendiri dari rumah. Mereka amat seronok ...
-
Buku skrap ni adalah kerja PROJEK murid bersama penjaga masing-masing. Murid cuma perlu bentangkan di sekolah. dengan dara ini, ibu bapa ak...
-
Kasian kelas ku ini tiada disediakan ruang main pasir dan main air. Untuk minggu ini semua murid dikehendaki membawa pasir pantai ke sekolah...
-
Jalan undur dengan postur yang betul. Meniti di atas bangku. Berjalan dengan postur yang betul dengan pundi kacang di atas kepala. sediak...
-
Bahan-bahannya ialah, kertas dengan lukisan bentuk geometri, gam dan pasir kering. Kraf di siapkan secara berkumpulan seramai 2 orang. Jemu...
-
kemahiran saya da lupa ni...hahahah.... aktiviti: sapu gam dan tabur kertas kilat....cantik...tapi murid 1 minggu juga bekilat.
-
mula dijalankan di sekolah ini pada tahun 2008 dengan 17 orang murid (14 orang 6 tahun, 3 orang 5 tahun)dan seorang guru cikgu rohani othman...
-
layan gambar-gambar semasa sukaneka hari keluarga tu, apapun banyak lagi acara termasuk tarik tali dan pementasan, tetapi saya tiada gambar...
-
Kami telah mengadakan Taklimat HEM dan mesyuarat penubuhan AJK Komuniti 2012 pada 02.01.2012. Kelihatan yg berbaju putih PK 1 Pn Sueaini, P...
-
Ini antara aktiviti yang telah kami jalankan minggu lalu. Aktiviti ni dijalankan semasa refleksi 10 minit pada Khamis untuk aktiviti bersoa...