CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K

Sila layari alamat blog terbaru pra.

Wednesday, December 23, 2009

INDAHNYA KAMPUNG



Idea mama saya menanam sayur-sayuran dalam pasu ni akan saya buat di kelas pra juga itu pun mama saya yang datang tolong tanam. kami jaga ja lah. Kg kami ni atas air.

JADUAL WAKTU KSPK


Hi, jadual memang sudah siap tapi otak fikiran saya ni memang agak bengang juga sebab asyik fikirkan pelaksanaanya nanti. Pada rakan-rakan guru pra yang sudi kongsi maklumat berkenaan jadual waktu KSPK ni sudi-sudilah respon kat saya ya.

Apapun selamat bercuti juga pada semua. saya berada di kampung ni sedang beristirehat bersama keluarga sambil memerah otak merancang P&P buka sekolah ni. Rajinlah katakan.

Makluman Kepada Ibu bapa penjaga murid pra

Assallamualaikum, lama inda buat catatan. Cuti-cuti macam ni inda cukup tangan rasanya mengurus rumah tangga.

Makluman kepada semua ibu bapa penjaga murid prasekolah Sk Tanjung Aru 11 yang terpilih mengikuti kelas pra 2010. Tarikh pendaftaran adalah seperti tarikh berikut:

Tarikh : 02.Jan.2010
Masa : 09pagi hingga 11.30pagi
Tempat : Kelas PraSekolah Sk Tanjung Aru 11

Mesyuarat Komuniti Kelas Prasekolah Sk Tanjung Aru 11
Sasaran : Pihak pentadbir sekolah/ guru kelas Pra/ PPM Pra /Guru Disiplin Sekolah/ semua ibu bapa penjaga murid prasekolah 2010

Tarikh :11.Jan.2010
Masa : 2.00 petang
Tempat :Bilik Gerakan Sk Tanjung Aru 11

Sebarang perubahan akan dimaklumkan segera.

Tuesday, December 15, 2009

GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA KINABALU 09

Majlis graduasi Prasekolah telah diadakan pada 14 Nov bermula jam 8 pagi hingga 4 petang bertempat di dewan Reflesia Politeknik Kota Kinabalu yang telah di sertai oleh 31 buah sekolah dan telah dirasmikan oleh PPD Kota Kinabalu.

Suasana memang amat seronok dan meriah. Majlis pun berjalan dengan lancar seperti yang dirancang siap berarak masuk dewan lagi tau para graduan macam kat universiti.

Tahniah kepada kerja keras semua guru Pra dan tuan rumah pada tahun ini iaitu sekolah-sekolah di Zon Telipok terutama Sk Pangeran Siti Hafsah yang bertindak sebagai setiausaha yang semestinya banyak berusaha memastikan semua tersedia. Untuk murid-murid tersayang yang akan ke tahun Satu selamat maju jaya. Cikgu dan auntie memang sayang kamu semua.

Selamat tinggal tahun 2009. Selamat datang 2010 dengan kerja baru bersama KSPK.

GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA KINABALU 09


gambar kenangan selesai menerima sijil masing-masing bersama cikgu, auntie siti (PPM) dan ibu-ibu mereka.

GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA KINABALU 09

dengan jubah baru, jambangan bunga dan tanda nama bergambar sebagai kenangan, meraka terlalu seronok hingga kontrol ayu n macho tau murid-murid ku semua. Kira paling glamour la murid ku 14 nov ni. Perasaan ku ja lah!. sedang berbaris untuk perarakan masuk dewan.

Sunday, December 13, 2009

GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA KINABALU 09


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange link

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!