Minggu ini tema Peralatan. Selitkan peralatan menjaga kebersihan dengan aktiviti KEMPEN SIFAR SAMPAH kebetulan sekolah kami menyertai pertandingan SIFAR SAMPAH.
Langkah pertama, murid-murid lelaki gotong royong memungut sampah di halaman kelas Pra. Murid perempuan membersihkan kelas. Seterusnya mendengar taklimat khas dari Pakcik Om (sekuriti sekolah merangkap tukang kebun sekolah) berkenaan tong sampah dan cara menggunakan. Biru untuk kertas, oren untuk tin dan coklat untuk kaca.
Dalam kelas pula murid-murid memadankan gambar tong sampah dengan jenis sampah mengikut warna tong.
0 comments:
Post a Comment