CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K

Sila layari alamat blog terbaru pra.

Friday, May 14, 2010

3M

Alhamdulillah setakat tadi, 19 orang murid saya yang berumur 6 tahun telah menguasai 3 M dengan tahap CEMERLANG 16 orang dan BAIK 3 orang. Murid umur 5 tahun seramai 6 orang pula tidak ketinggalan dengan 3 orang BAIK dan 3 orang lagi PERLU BIMBINGAN.

Untuk langkah seterusnya, penekanan kepada latih tubi membaca dengan betul dan menguasai kemahiran mengeja perkataan.

Tahap penulisan murid juga masih perlu perhatian lebih. Esok sambutan hari guru peringkat sekolah kami. Walau murid saya tidak tahu apa itu Hari Guru, tetapi secara pribadi saya amat gembira dan bangga dengan kejayaan sendiri tau! tidak lupa juga pengorbanan dan kerjasama ustaza Rahayu dan PPM saya Siti Julinah.

Murid- murid juga sudah dapat menghafal surah, dua kalimah syahadah, beberapa doa-doa harian, pandai ambil uduk, tertib solat dengan bimbingan, ingat rukun iman, rukun islam, kenal huruf jawi dan hijaiyah belum lagi lah. Pendek kata memang aku amat gembira pada perkembangan mereka setakat ini dalam bidang akademik.

Inssallah sempena Hari Guru tahun ini saya berazam akan terus mencari kaedah terbaik untuk mengajar murid dengan lebih berkesan dan dapat melahirkan murid-murid Pra yang Cemerlang Gemilang dan Terbilang di dunia dan akhirat........Ameen.

Yang baik itu datangnya dari Allah dan semua yang buruk itu dari diri saya sendiri.

kempen sifar sampah












Minggu ini tema Peralatan. Selitkan peralatan menjaga kebersihan dengan aktiviti KEMPEN SIFAR SAMPAH kebetulan sekolah kami menyertai pertandingan SIFAR SAMPAH.
Langkah pertama, murid-murid lelaki gotong royong memungut sampah di halaman kelas Pra. Murid perempuan membersihkan kelas. Seterusnya mendengar taklimat khas dari Pakcik Om (sekuriti sekolah merangkap tukang kebun sekolah) berkenaan tong sampah dan cara menggunakan. Biru untuk kertas, oren untuk tin dan coklat untuk kaca.
Dalam kelas pula murid-murid memadankan gambar tong sampah dengan jenis sampah mengikut warna tong.




Tuesday, May 11, 2010

TEMA: PAKAIAN DAN AKSESORI











MARI MEMBUAT BUKU SKRAF............




Tuesday, May 4, 2010

TEMA: PAKAIAN DAN AKSESORI











Minggu ini berkisar tentang pakaian tradisional di Malaysia. Bahan yg digunakan adalah sedia ada yang boleh dibeli siap.Oleh terlalu ingin tahu murid-murid, apatah lagi dengan anak-anak patung yang sangat menarik ini, bukan mudah kami memastikan murid dapat menahan perasaan daripada menghancurkan bahan minggu ini. Disiplin murid-murid kali ini amat tercabar dengan hanya boleh menyentuh sekejap dan seterusnya hanya melihat patung-patung itu dipamerkan. Hai, lucu juga lah keadaan kami. Selamat mencuba.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange link

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!