CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K

Sila layari alamat blog terbaru pra.

Monday, December 7, 2009

kejap lagi kami balik kg di kudat, datanglah kudat pasti seronok kerana daerah kudat amat cantik, dengan pemandangan laut, angin sepoi-sepoi bahasa yang sentiasa bertiup tapi kadang kala mengamuk juga la angin tu. Daerah Kudat ni memang bersih dari sampah sarap, masyarakatnya dah terbiasa bawa sampah sendiri balik rumah. kuranglah belanja MDK untuk sediakan tong sampah. Tong sampah pun jarang jumpa kecuali dekat pasar sayur dan pasar ikan. Cakap pasal pasar, rasanya belum ada pasar sebersih pasar yang ada di kudat.

Suasana kat Kudat memang sesuai untuk tenangkan fikiran tau, kereta lengang kecuali masa perayaan terutama raya Aidilfitri, oi lebih baik jalan kaki ja dari kampung ke pekan tau, sesssak! tapi memang seronok.

Time cuti-cuti ni kena tempah awal la hotel. Untuk makluman, RUMAH REHAT kat kudat memang tahap 2 bintang tau, pada sayala kan. kalau hotel da penuh jangan keciwa rumah rehat tempat yang sesuai.

Makanan biasa2 ja lah sabab sama ja dengan tempat lain, kan 1 Malaysia! cuma kat kudat ada MEE GORENG SEPARUH. jangan lupa beli KACANG KUDAT dan IKAN KERING.

Ok lah. Memang banyak tempat menarik kat kudat yang belum saya kongsi. selamat datang ke Kudat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange link

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!