CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K

Sila layari alamat blog terbaru pra.

Wednesday, December 23, 2009

INDAHNYA KAMPUNG



Idea mama saya menanam sayur-sayuran dalam pasu ni akan saya buat di kelas pra juga itu pun mama saya yang datang tolong tanam. kami jaga ja lah. Kg kami ni atas air.

JADUAL WAKTU KSPK


Hi, jadual memang sudah siap tapi otak fikiran saya ni memang agak bengang juga sebab asyik fikirkan pelaksanaanya nanti. Pada rakan-rakan guru pra yang sudi kongsi maklumat berkenaan jadual waktu KSPK ni sudi-sudilah respon kat saya ya.

Apapun selamat bercuti juga pada semua. saya berada di kampung ni sedang beristirehat bersama keluarga sambil memerah otak merancang P&P buka sekolah ni. Rajinlah katakan.

Makluman Kepada Ibu bapa penjaga murid pra

Assallamualaikum, lama inda buat catatan. Cuti-cuti macam ni inda cukup tangan rasanya mengurus rumah tangga.

Makluman kepada semua ibu bapa penjaga murid prasekolah Sk Tanjung Aru 11 yang terpilih mengikuti kelas pra 2010. Tarikh pendaftaran adalah seperti tarikh berikut:

Tarikh : 02.Jan.2010
Masa : 09pagi hingga 11.30pagi
Tempat : Kelas PraSekolah Sk Tanjung Aru 11

Mesyuarat Komuniti Kelas Prasekolah Sk Tanjung Aru 11
Sasaran : Pihak pentadbir sekolah/ guru kelas Pra/ PPM Pra /Guru Disiplin Sekolah/ semua ibu bapa penjaga murid prasekolah 2010

Tarikh :11.Jan.2010
Masa : 2.00 petang
Tempat :Bilik Gerakan Sk Tanjung Aru 11

Sebarang perubahan akan dimaklumkan segera.

Tuesday, December 15, 2009

GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA KINABALU 09

Majlis graduasi Prasekolah telah diadakan pada 14 Nov bermula jam 8 pagi hingga 4 petang bertempat di dewan Reflesia Politeknik Kota Kinabalu yang telah di sertai oleh 31 buah sekolah dan telah dirasmikan oleh PPD Kota Kinabalu.

Suasana memang amat seronok dan meriah. Majlis pun berjalan dengan lancar seperti yang dirancang siap berarak masuk dewan lagi tau para graduan macam kat universiti.

Tahniah kepada kerja keras semua guru Pra dan tuan rumah pada tahun ini iaitu sekolah-sekolah di Zon Telipok terutama Sk Pangeran Siti Hafsah yang bertindak sebagai setiausaha yang semestinya banyak berusaha memastikan semua tersedia. Untuk murid-murid tersayang yang akan ke tahun Satu selamat maju jaya. Cikgu dan auntie memang sayang kamu semua.

Selamat tinggal tahun 2009. Selamat datang 2010 dengan kerja baru bersama KSPK.

GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA KINABALU 09


gambar kenangan selesai menerima sijil masing-masing bersama cikgu, auntie siti (PPM) dan ibu-ibu mereka.

GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA KINABALU 09

dengan jubah baru, jambangan bunga dan tanda nama bergambar sebagai kenangan, meraka terlalu seronok hingga kontrol ayu n macho tau murid-murid ku semua. Kira paling glamour la murid ku 14 nov ni. Perasaan ku ja lah!. sedang berbaris untuk perarakan masuk dewan.

Sunday, December 13, 2009

GRADUASI PRASEKOLAH DAERAH KOTA KINABALU 09


Monday, December 7, 2009

kejap lagi kami balik kg di kudat, datanglah kudat pasti seronok kerana daerah kudat amat cantik, dengan pemandangan laut, angin sepoi-sepoi bahasa yang sentiasa bertiup tapi kadang kala mengamuk juga la angin tu. Daerah Kudat ni memang bersih dari sampah sarap, masyarakatnya dah terbiasa bawa sampah sendiri balik rumah. kuranglah belanja MDK untuk sediakan tong sampah. Tong sampah pun jarang jumpa kecuali dekat pasar sayur dan pasar ikan. Cakap pasal pasar, rasanya belum ada pasar sebersih pasar yang ada di kudat.

Suasana kat Kudat memang sesuai untuk tenangkan fikiran tau, kereta lengang kecuali masa perayaan terutama raya Aidilfitri, oi lebih baik jalan kaki ja dari kampung ke pekan tau, sesssak! tapi memang seronok.

Time cuti-cuti ni kena tempah awal la hotel. Untuk makluman, RUMAH REHAT kat kudat memang tahap 2 bintang tau, pada sayala kan. kalau hotel da penuh jangan keciwa rumah rehat tempat yang sesuai.

Makanan biasa2 ja lah sabab sama ja dengan tempat lain, kan 1 Malaysia! cuma kat kudat ada MEE GORENG SEPARUH. jangan lupa beli KACANG KUDAT dan IKAN KERING.

Ok lah. Memang banyak tempat menarik kat kudat yang belum saya kongsi. selamat datang ke Kudat.

festival bakat prasekolah daerah kota kinabalu



dari kanan, nurlaila sara, nurul ain, nurshafinaz, mohd zaeem, aeysah hafidzah dan aleya qarina.sorry penari lelaki ada acara lain masa ambil gambar ni.hafazan, bercerita BM, BI dan sajak.

muka-muka ni la yang tak malu, semua acara mereka sapu.

rindunya dekat mereka!

festival bakat prasekolah daerah kota kinabalu


penari-penari sedang menunggu giliran untuk di makeup.

Sunday, December 6, 2009

sejarah prasekolah sk tanjung aru 11 kota kinabalu

mula dijalankan di sekolah ini pada tahun 2008 dengan 17 orang murid (14 orang 6 tahun, 3 orang 5 tahun)dan seorang guru cikgu rohani othman saya sendiri lah tanpa pembantu (PPM). kelas hanya mula beroperasi di kelas prasekolah pada Mei 2008 dan sebelum itu kami terpaksa menggunakan makmal bahasa sekolah sebagai kelas sementara selama lebih kurang 4 bulan.

pada bulam mei, kami berpindah ke kelas prasekolah dalam keadaan kelas kosong tiada perabot kecuali letrik dan air. Dengan kerjasama ibu bapa murid, semua murid membawa tikar dan bantal masing-masing untuk alas belajar. bulan jun Pembantu Pengurusan Murid (PPM) pn.nurul aswani mat saad dari negeri kedah lapor diri bertugas.

walau dalam serba kekurangan begitu, sokongan ibu bapa murid dan semestinya pihak pentadbir yang cukup kuat, pra kami dapat berjalan dengan amat baik pada hemat saya memandangkan kami dapat menyertai semua pertandingan anjuran daerah, menjalankan aktiviti sekolah dan 14 orang murid 6 tahun lepas kia2m.

jumpa lagi kisah seterusnya


dari depan baju coklat ialah mohd zaeem abd gaffar, mohd haziq danial hamzah, mohd addin sabdin dan mohd esyadiq zabidi.

belakang baju pink aeysah hafidzah ab.rahman, nurlaila sara bakri, nurul ain ibrahim dan aleya qarina sahaibul.

baju batik cikgu rohani othman dan PPM Pra Siti julinah pawang

hari kecemerlangan sk tanjung aru 11


sempana hari kecemerlangan sekolah 09.
sempat bergambar denganCIKGU dan PPM Pra sebelum masuk kedalam dewan untuk membuat persembahan tarian DALING-DALING.

karnival sukan pra sekolah daerah kota kinabalu 09


membelakang ni lah cikgu pra dan baju hijau tu cikgu siri rahmah yang datang membantu mengurus kontinjen sekolah.
jumpa lagi tahun hadapan inssallah.

karnival sukan pra sekolah daerah kota kinabalu 09


  • nurlaila sara, aeysah dan ain sedang bertarung dalam acara menjaring bola.
  • begaya gitu berjaya juga mendapat 9 mata jaringan.

karnival sukan pra sekolah daerah kota kinabalu 09


bersedia untuk ke balapan 4x50meter

karnival sukan pra sekolah daerah kota kinabalu 09


menunggu acara tiba. memang amat berdisiplinl
kelihatan dari depan, mat, esyadiq, alin, zaeem, laila dan di belakang aeysah dan ain.

karnival sukan pra sekolah daerah kota kinabalu 09



  • bapa murid yang begitu prihatin membantu guru mengurus kontenjen sekolah.
  • saya Mohammad Nazri bapa Mohammad Ashraf

karnival sukan pra sekolah daerah kota kinabalu 09


  • nurul ain
  • nursyafinaz
  • aliya Qarina

sempat berposing sebelum bartarung dlm acara 4x 50meter

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange link

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!