CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K

Sila layari alamat blog terbaru pra.

Thursday, March 15, 2012

MAIN TAPUK-TAPUK( permainan tradisional sabah)

Sedang mencari di mana kawan-kawan sedang bersembunyi.

Sedang mencari tempat persembunyian la tu.



Sedang betapuk ( bersembunyi).





Berjaya ditemuai si pencari.







Ezareen menutup mata dan mengira secara menaik dan menurun no 1 - 10. selesai kiraannya semua kawan-kawan telah bersembunyi. Ezareen akan mencari semua kawan-kawannya yang sedang betapuk.


Tema : Keselamatan

Kemahiran: Menyelamatkan diri dari orang yang tak dikenali.









MENCUCI PAKAIAN( tema: kebersihan)

Menjemur.

Membilas.



Menyental.






Ni mencuci sambil main sabun. Murid seronok berpeluang mencuci sapu tangan.

Aktiviti ini dijalankan secara berganti-ganti setiap kali cuma empat orang untuk mengelakkan mereka sukar di kawal.






GALAU @ BALATIN (permainan tradisional sabah)


























Permainan tradisional ( Galau @ Gala-gala panjang @ Balatin)


Cara bermain:


01. Sediakan gelanggang.


02. Bahagikan pemain kepada 2 kumpulan.


03. Cus! ( om pilaum ) untuk menentukan siapa pemain dan siapa penghalang.


04. Permainan di mulakan dengan bahagikan 3 kawasan penghalang untuk pemain lalui sebelum kembali ke depan dengan selamat salah seorang pemain dan di kira menang 1 mata. Permainan akan diteruskan lagi sehingga penghalang berjaya menyentuh badan salah seorang pasukan pemain.


Tema : Keselamatan

Kemahiran : Berlari ke arah yang ditentukan.









AKTIVITI LUAR(melompat dengan betul)

Khai.


Afzan.




Yaya.








Fatin.




Murid perlu melompat dan mendarat dengan dua belah kaki. Semua murid dapat melakukan dengan betul diakhir aktiviti.








TUGASAN: jiran saya

Afiq


Daneeya ( 5 tahun)



Najihah.




Tugasan : murid bersama ibu @ bapa kena berkunjung ke rumah jiran masing-masing. Ambil gambar murid semasa menuju, memberi salam dan berada di rumah jiran. Di sekolah murid akan menceritakan semula pengalamannya berpandukan gambar ( pembentangan tugasan bersama ibu bapa penjaga).







Saturday, March 10, 2012

MAULIDULRASUL peringkat sekolah

sorry la ye...gambar masa pesembahan tak da...ambil video je...akan cuba upload.

murid pra juga terlibat dalam persembahan nasyid. Yang tudung-tudung kuning tu murid pra la tu. Nasyid bertajuk "RASULLAH" lirik dan lagu oleh DEN BISA. Terima kasih Den. Inssallah jika ada rezki budak-budak ni, nantikan lah VCD nya beserta 5 lagu lain.( sedang mengumpul dana dan masih dalam pra perancangan)



Saturday, February 18, 2012

BM asas

Sehingga minggu lepas, kami telah belajar mengenal huruf dan bunyi. seterusnya membaca perkataan dengan huruf yang berkaitan.Penguasaan murid amat memuaskan dalam tempoh 3 minggu diperkenalkan asas Bm dengan teknik ponik. semua murid dapat membaca perkataan walaupun 15 orang belum ingat apa yang telah dia baca.

Berikut adalah pelajaran kami sehingga jumaat 16 Feb.

" a, u, i, ' vokal dan " b, d, k, n, s, y" konsonan

Bunyikan setiap abjad.

Gabungkan dua abjad jadi suku kata terbuka. " su, yi, bu, da dsbnya

Berikan perkataan : susu, nasi , bayi, situ, ada, abu, saya dsbnya.

Berikan ayat mudah : saya ada buku. ini ibu saya dan sbgnya.

Murid menyalin semula perkataan dan ayat dalam buku tulis mereka.

Susah nak terangkan dalam bentuk betulis lah. apapun semoga ibu bapa murid dapat menerima maklumat yang saya berikan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange link

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!