CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K

Sila layari alamat blog terbaru pra.

Wednesday, April 28, 2010

KRAF TEMA PASIR











Bahan-bahannya ialah, kertas dengan lukisan bentuk geometri, gam dan pasir kering.
Kraf di siapkan secara berkumpulan seramai 2 orang. Jemur hingga kering di bawa matahari terik dan pamerkan dalam ruang pameran dalam kelas.
Sebelum kraf dimulakan adakan soal jawab nama bentuk dan siapa yang menjadikan pasir.
Aktiviti ini juga amat seronok tetapi pastikan memberi peringatan kepada murid tentang bahaya pasir jika masuk ke dalam mata.




Tuesday, April 27, 2010

ASAS BI DAN BM

Setakat tadi 18 orang murid 6 tahun sudah menguasai kemahiran membaca dalam BI dan BM dengan cemerlang kecuali seorang murid lelaki yg agak lambat tetapi pada tahap sederhana.
Murid 5 tahun seramai 7 orang pula tidak ketinggalan dan setakat ini amat baik dalam penguasaan membaca secara ponik.

Secara pribadi saya berasa bersyukur dengan pencapaian murid-murid saya yang amat membanggakan ini.

Untuk pelajaran lain berjalan seiring seperti agama islam, murid sudah dapat menghafal ayat lazim, doa-doa harian dan menguasai huruf hijayyah dengan baik sekali.

TEMA : PASIR












Kasian kelas ku ini tiada disediakan ruang main pasir dan main air. Untuk minggu ini semua murid dikehendaki membawa pasir pantai ke sekolah. Macam ni lah permainan pasir kami berjalan. Bagaimanapun aktiviti pasir tetap amat menyeronokkan murid-murid.



SELAMAT HARI JADI (APRIL)











Amboi, kali ini sambutan hari jadi diadakan selama dua hari. Isnin untuk Nana dan selasa Carlson. Selamat hari jadi buat kamu berdua dari cikgu dan aunty.




Tuesday, April 20, 2010

AKTIVITI LUAR. TEMA:MAIN AIR












Sukaneka membawa air dalam sudu dan isi dalam botol.
Sebelum permainan dijalankan, sesi perbualan pagi membincangkan sumber-sumber air bersih.




Thursday, April 15, 2010

BELAJAR SOLAT
















Thursday, April 8, 2010

AKTIVITI LUAR/PJ





Kemahiran menggolek bola. Bahagi kepada dua pasukan sahaja. Murid yg terakhir dapat bola akan berlari ke depan dan meneruskan permainan menggolek bola dari bawah kangkang murid. Pemenang akan dikira pada kumpulan yang dahulu menyudahkan permainan. Tapi bukan semudah itu juga lah kan mahu bagi mereka faham cara bermain ni.Biasalah budak-budak.Apapun permainan ini memang seronok.

Wednesday, April 7, 2010

B.I MINGGU INI

Perbualan:

1. What is your name?
My name is ...........................

2.How old are you?
I am 6 years old.

3.Where do you live?
I live in ..............................

cara menjalankan aktiviti:

1. latih tubi murid melafazakan ayat.
2. Mengeja dan membaca ayat.
3. Secara berpasangan murid bersoal jawab berpandukan carta dialog di atas.
4. Jemput setiap pasangan bersoal jawab di hadapan kawan-kawan dalam kelas.
5. Pamerkan carta dialog dalam kelas.

setakat tadi hari Rabu, esok sambung lagi dengan soal jawab lain. Cubalah!

Monday, April 5, 2010

TEMA: EMOSI DIRI







Ini antara aktiviti yang telah kami jalankan minggu lalu. Aktiviti ni dijalankan semasa refleksi 10 minit pada Khamis untuk aktiviti bersoal jawab. Memang seronok.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange link

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!