CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K

Sila layari alamat blog terbaru pra.

Wednesday, March 31, 2010

TEMA MINGGU INI: EMOSI DIRI

Slot terserah, untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai emosi yang mereka pelajari . Aktiviti ini amat menyeronokkan dan berkesan.

LEMPENG EMOSI @ TOMPEY EMOSI(sabahan)

Bahan-bahannya:

Tepung gandum 2 sudu makan + air + telur +garam.
Hiasan: telur dan pewarna makanan
Bahan memasak: dapur, kuali dan sedikit minyak
Cara memasak: PPM membimbing semua murid memasak dan guru menghias kuih.

TEMA MINGGU INI: EMOSI DIRI








EMOSI; MARAH, GEMBIRA, NANGIS,SENYUM DAN SEDIH.


TEMA MINGGU INI: EMOSI DIRI







WARNA HIJAU TU IALAH TELUR DAN PEWARNA KUIH. MURID BENAR-BENAR MEMPELAJARI APA DIA JENIS-JENIS EMOSI. UNTUK PEMBENTANGAN SLOT INI MURID KENA BERCAKAP AYAT YANG MUDAH DALAM B.I........selepas pembentangan di buat, tompey bolahlah dimakan, bersih dan rasanya memang lazat. Murid memang seronok, cikgu pun happy..........hari ni semua murid makan sampai habis tompey masing-masing.



Tuesday, March 30, 2010

Thursday, March 25, 2010

TUGASAN MINGGU INI ( RUMAH SAYA )

Antara rumah yang dihantar siap sepenuhnya. Memang cantik. Tahniah kepada ibu bapa yang sentiasa prihatin pada semua aktiviti anak-anak mereka. Kerjasama ibu bapa sememangnya amat diperlukan.

TUGASAN MINGGU INI ( RUMAH SAYA )












Untuk minggu ini tugasan mingguan murid bersama ibu bapa ialah membuat rumah dari bahan terbuang. Murid digalakkan mengecat rumah sendiri di sekolah seperti pada pagi tadi. Bagaimanapun separuh murid menghantar rumah yang telah siap sepenuhnya, dan memang cantik-cantik semuanya.
Esok ialah hari sessi pembentangan tugasan oleh murid-murid sendiri dalam bahasa Inglish.



Thursday, March 18, 2010

WUDUK







Belajar mengambil wuduk.



Tuesday, March 2, 2010

MURID-MURID KU

KSPK berjalan seperti dalam jadual. Setakat 1 Mac disiplin murid amat memuaskan. sampai ke sekolah setiap pagi dan waktu hendak pulang mereka sudah tahu apa yang perlu dibuat.

Peraturan semasa sarapan dan makan hampir baik, beratur, duduk dengan sopan, tunggu kawan sama-sama baca doa dan membersihkan meja makan.

Semasa P&P semua murid dapat dikawal dengan mudah dan mereka amat seronok mengikuti aktiviti.

Menghormati orang yang lebih tua dan semua kakitangan sekolah semasa bertemu.

16 daripada 25 orang sudah kenal abjad, tahu bunyi abjad dan boleh membaca ayat mudah contoh: ini kereta saya. bapa baca buku. uda ada roti dsbnya.

9 orang lagi kena ulang dari awal iaitu mengenal abjad dan bunyi. Usaha saya ialah dengan menggunakan abjad yang di buat dari kertas pasir dan seterusnya latih tubi lebih banyak.

Penguasaan nombor tiada masalah. berjalan terus.

Untuk aktiviti projek dan pembentengan sememangnya amat digemari oleh murid dan ibu bapa. Murid-murid juga tiada lagi yang malu membentang malahan adalah sesi pembelajaran yang mereka tunggu-tunggu.

Usaha lebih kuat diperlukan untuk menyediakan murid yang benar-benar bersedia melangkah ke tahun Satu. Berkeyakinan dan bersikap positif.

Apa-apa yang kurang dalam melaksanakan KSPK ni akan saya perbaiki dari masa ke semasa.
Pada saya KSPK ini memang amat memudahkan guru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange link

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!