CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K

Sila layari alamat blog terbaru pra.

Wednesday, February 24, 2010

SELAMAT HARI JADI

kek disediakan oleh ibu bapa murid sendiri. Mahunya badan tak melambung naik, tumpang sekaki la makan dangan murid.
Bulan ini dua orang jejaka macho ni yang sambut hari jadi. baju putih ni sharizal dan biru Azreen.

SELAMAT HARI JADI

Bersedia untuk majlis sambutan hari jadi. Baik betul perangai murid-murid ni.

Friday, February 12, 2010

TEMA : KAWAN SAYA

Sesi pembentangan dibuat waktu pagi pada slot Perbualan pagi.
Yang terpilih bersiaran kali ini iala Luthfatul Haikal, wana dan Taufiq. Semua murid dapat membentang dengan telatah masing-masing dan memang amat menyeronokkan.

Penguasaan 4M murid saya setakat minggu ini amat baik. 80% murid sudah boleh membaca perkataan dan ayat pendek yang tidak melibatkan KVKK/KKV (MENG, NYI).
20% pula sudah kenal abjad dan boleh membunyikan suku kata dengan bimbingan.

PEMBENTANGAN TUGASAN "KAWAN SAYA"

PEMBENTANGAN TUGASAN "KAWAN SAYA"

PEMBENTANGAN TUGASAN "KAWAN SAYA"

Wednesday, February 10, 2010

TUGASAN MINGGU INI ( KAWAN SAYA )

Kepada ibu bapa penjaga, bantu anak anda menyiapkan tugasan minggu ini juga ya. kali ini berkaitan KAWAN SAYA.

Ambil gambar anak anda bersama kawan-kawan rapat atau sepermainannya. Bantu anak menyenaraikan nama kawan-kawan yang ada dalam gambar bersama dia dan juga permainan kesukaan mereka.

Latih anak membuat pembentangan di rumah.

Hantar tugasan pada Jumaat 12.Feb.10 untuk pembentangan dalam kelas semasa slot perbualan perbualan pagi.

Tuesday, February 9, 2010

FIZIKAL (Psikomotor Halus)

"Syafiq la yang paling pandai buat gelang di kelas ni, berminat boleh juga tempah."
"Hi Syafiq, kami semua pun pandai tau, taraaaaaaaaaaaaaa"

FIZIKAL (Psikomotor Halus)


"Jangan ganggu Isa, ni lah pertama kali Isa membutang baju. Bolehlah tahan kerja ni."
"Besar nanti Isa jadi doktor ja lah, sebab baju doktor tiada butang."

FIZIKAL (Psikomotor Halus)


'Hi! sorry ya, Mifdhal sedang sibuk ni.
Susah juga pasang butang baju ni kan.'

Friday, February 5, 2010

pembentangan tugasan minggu ini tema : SEKOLAH SAYA











Antara pembentang pagi tadi. Komunikasi murid-murid memang amat baik dalam pembentangan mungkin telah diajar dari rumah oleh ibu bapa masing-masing, namanya pun tugasan bersama ibu bapa penjaga. ni ja yang terpilih bersiaran dalam blog kali ini.
atas sekali Siti Nurhazirah Mohd Noor, bawah dia Ahmad Sharizal Abu Samah. bawah lagi Mohammad Hiefdam Yassin dan gadis di atas ni Nurul Ain Syazwani Zulkifli.
Tahniah kepada semua ibu bapa yang begitu prihatin pada pembelajaran anak-anak.

pembentangan tugasan minggu ini tema : SEKOLAH SAYA


Siti Zulaikha telah berkenalan dengan cikgu Anna Pahaluddin guru kelas tahun 2 dengan ditemani oleh penjaganya.
Hasilan dari temubual dengan cikgu Anna akan dibentangkan hari ini dalam slot perbualan pagi oleh adik Siti.

surprice !!!

yahoo..! were the winner of this year 2010!
the most happening family vacation thru the year! were in 3rd prizes..weve got free trip holiday to sydney!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange link

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!