Alhamdulillah setakat tadi, 19 orang murid saya yang berumur 6 tahun telah menguasai 3 M dengan tahap CEMERLANG 16 orang dan BAIK 3 orang. Murid umur 5 tahun seramai 6 orang pula tidak ketinggalan dengan 3 orang BAIK dan 3 orang lagi PERLU BIMBINGAN.
Untuk langkah seterusnya, penekanan kepada latih tubi membaca dengan betul dan menguasai kemahiran mengeja perkataan.
Tahap penulisan murid juga masih perlu perhatian lebih. Esok sambutan hari guru peringkat sekolah kami. Walau murid saya tidak tahu apa itu Hari Guru, tetapi secara pribadi saya amat gembira dan bangga dengan kejayaan sendiri tau! tidak lupa juga pengorbanan dan kerjasama ustaza Rahayu dan PPM saya Siti Julinah.
Murid- murid juga sudah dapat menghafal surah, dua kalimah syahadah, beberapa doa-doa harian, pandai ambil uduk, tertib solat dengan bimbingan, ingat rukun iman, rukun islam, kenal huruf jawi dan hijaiyah belum lagi lah. Pendek kata memang aku amat gembira pada perkembangan mereka setakat ini dalam bidang akademik.
Inssallah sempena Hari Guru tahun ini saya berazam akan terus mencari kaedah terbaik untuk mengajar murid dengan lebih berkesan dan dapat melahirkan murid-murid Pra yang Cemerlang Gemilang dan Terbilang di dunia dan akhirat........Ameen.
Yang baik itu datangnya dari Allah dan semua yang buruk itu dari diri saya sendiri.
SUKANEKA PRASEKOLAH DAERAH K.K
Friday, May 14, 2010
kempen sifar sampah
Minggu ini tema Peralatan. Selitkan peralatan menjaga kebersihan dengan aktiviti KEMPEN SIFAR SAMPAH kebetulan sekolah kami menyertai pertandingan SIFAR SAMPAH.
Langkah pertama, murid-murid lelaki gotong royong memungut sampah di halaman kelas Pra. Murid perempuan membersihkan kelas. Seterusnya mendengar taklimat khas dari Pakcik Om (sekuriti sekolah merangkap tukang kebun sekolah) berkenaan tong sampah dan cara menggunakan. Biru untuk kertas, oren untuk tin dan coklat untuk kaca.
Dalam kelas pula murid-murid memadankan gambar tong sampah dengan jenis sampah mengikut warna tong.
Labels:
KELAS PRASEKOLAH
Tuesday, May 11, 2010
Tuesday, May 4, 2010
TEMA: PAKAIAN DAN AKSESORI
Minggu ini berkisar tentang pakaian tradisional di Malaysia. Bahan yg digunakan adalah sedia ada yang boleh dibeli siap.Oleh terlalu ingin tahu murid-murid, apatah lagi dengan anak-anak patung yang sangat menarik ini, bukan mudah kami memastikan murid dapat menahan perasaan daripada menghancurkan bahan minggu ini. Disiplin murid-murid kali ini amat tercabar dengan hanya boleh menyentuh sekejap dan seterusnya hanya melihat patung-patung itu dipamerkan. Hai, lucu juga lah keadaan kami. Selamat mencuba.
Labels:
KELAS PRASEKOLAH
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- AIR TERJUN MOYOG PENAMPANG SABAH (1)
- BERINGIS RESORT (1)
- BILIK GERAKAN SK TANJUNG ARU 2 (1)
- dalam kelas (2)
- dewan maksak likas (2)
- dewan saadah muis kota kinabal (1)
- dewan saadah muis kota kinabalu (1)
- DI KELAS (1)
- halaman kelas pra (1)
- KARAMUNSING (1)
- KELAS (1)
- KELAS PRASEKOLAH (100)
- KG LANDUNG AYANG LAUT KUDAT (1)
- KG.LANDUNG AYANG LAUT KUDAT (1)
- komplex sukan likas (6)
- KOTA KINABALU (2)
- KOTA KINABALU SABAH (1)
- KUIH (1)
- Lawatan pergigian (1)
- Luar kelas (1)
- MUZIUM NEGERI SABAH (4)
- my picture (1)
- pantai tanjung aru 1 k.k (2)
- PAPAR SABAH (3)
- PEKAN LAMA DAERAH KUDAT (1)
- PERKARANGAN PRASEKOLAH (2)
- perkarangan sk tanjung aru 11 (3)
- perkarangan sk tanjung aru II (5)
- POLITEKNIK KOTA KINABALU (4)
- PRASEKOLAH SK TANJUNG ARU 11 (15)
- rumah (1)
- Setiausaha Komuniti Prasekolah 2012 (1)
- SK TANJUNG ARU 11 (6)
- SK TANJUNG ARU II KOTA KINABALU (2)
- STADIUM LIKAS 21.MEI.2012 (1)
- tanjung aru kota kinabalu (1)
- TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH (1)
- wisma wanita (2)
- Wisma Wanita Kota Kinabalu (1)
Popular Posts
-
Kasian kelas ku ini tiada disediakan ruang main pasir dan main air. Untuk minggu ini semua murid dikehendaki membawa pasir pantai ke sekolah...
-
Murid dibekalkan gunting, gam dan kertas lukisan, manakalah surat khabar lama @ majalah murid bawa sendiri dari rumah. Mereka amat seronok ...
-
Bahan-bahannya ialah, kertas dengan lukisan bentuk geometri, gam dan pasir kering. Kraf di siapkan secara berkumpulan seramai 2 orang. Jemu...
-
Buku skrap ni adalah kerja PROJEK murid bersama penjaga masing-masing. Murid cuma perlu bentangkan di sekolah. dengan dara ini, ibu bapa ak...
-
Ini antara aktiviti yang telah kami jalankan minggu lalu. Aktiviti ni dijalankan semasa refleksi 10 minit pada Khamis untuk aktiviti bersoa...
-
Jalan undur dengan postur yang betul. Meniti di atas bangku. Berjalan dengan postur yang betul dengan pundi kacang di atas kepala. sediak...
-
layan gambar-gambar semasa sukaneka hari keluarga tu, apapun banyak lagi acara termasuk tarik tali dan pementasan, tetapi saya tiada gambar...
-
Apa khabar semua, saya chef Izz dan saya chef Imtiaz hahahahah.... Bahan-bahannya: pisang masak, tepung gandum , gula, secubit garam dan ...
-
Minggu ini berkisar tentang pakaian tradisional di Malaysia. Bahan yg digunakan adalah sedia ada yang boleh dibeli siap.Oleh terlalu ingin ...
-
Setiap murid diberikan kad nombor 1 - 9. Guru akan minta murid menyusun nombor mengikut urutan secara menaik dan menurun dengan pantas.